Petikan Anwar Malek

Anak beliau, Zainah Anwar iaitu Pengarah Eksekutif Sisters in Islam (SIS) menyatakan Anwar sering menceritakan tentang bagaimana bosnya yang merupakan orang Inggeris bertanyakannya tentang apa yang dikecohkan selalu. Beliau membawanya ke berandah pejabat kerajaan Bukit Timbalan dan menunjukkannya:

"You see that flag flying out there? That is the flag of Johor. Now you want to bring that down and replace it with the Union Jack. You can take your Union Jack and chuck it in Antarctica where there are only penguins. Here we have a constitution and a people."

Maksud:"Kamu nampak bendera berkibaran di sana? Itu bendera Johor. Sekarang kamu mahu turunkannya dan menggantikannya dengan Union Jack. Kamu boleh ambil Union Jack kamu dan pacakkannya di Antartika yang hanya ada penguin. Di sini, kami ada perlembagaan dan rakyat."

Sebahagian dari percakapan tersebut diucapkan kembali oleh pelakon Azhar Sulaiman yang memegang watak Anwar Malek dalam filem 1957: Hati Malaya.